Wednesday, June 20, 2012

beban tugas guru prasekolah [pekeliling dikeluarkan pada 2008]

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Telefon : 03-8884 9000
Faksimili : 03-8888 9315 ( PKICT )
03-8888 6673 (Men ) 

03-8884 9553 (Ren )
03-8884 9342 (Hem ) 

___________________________________________

KP(BS-Ren)403/10/11 ( 7 )
31 Julai 2008

Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri

Y>Bhg.Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

BEBAN TUGAS GURU PRASEKOLAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KELAS PRASEKOLAH
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan Bahagian ini telah menerima maklumbalas daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, KP(PPK)800-4 Jld (57) yang bertarikh 4 Julai 2008 berkaitan beban tugas dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah. Dalam maklumbalas tersebut elah menyatakan bahawa guru-guru prasekolah mempunyai beban tugas yang tidak sahaja terhad kepada waktu 3 1/2 jam iaitu dari 8.00 pagi hingga 11.30 pagi. Kanak-kanak di prasekolah tidak boleh ditinggalkan tanpa kawalan orang dewasa. Guru prasekolah perlu berada di dalam kelas prasekolah untuk menyambut murid mulai 7.30 pagi. Guru prasekolah juga perlu berada di dalam kelas selepas 11.30 pagi sehingga semua murid telah dibawa pulang oleh ahli keluarga mereka. Pihak sekolah perlu memikul tanggungjawab menjaga keselamatan murid pada setiap masa.

3. Sehubungan dengan itu, guru prasekolah perlu menyediakan bahan yang sesuai dan menarik untuk murid yang berlainan aras perkembangan kognitif dan juga latar belakang. Bahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan juga menetapkan kaedah pentaksiran yang berterusan menggunakan senarai semak, rekod anekdot dan rekod berterusan (running record). Oleh itu, guru prasekolah perlu menggunakan masa selepas 11.30 pagi untuk menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran, mengemaskini rekod murid serta memastikan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) membersihkan kelas kerana kebersihan adalah amat penting untuk memastikan kanak-kanak kecil ini tidak dijangkiti penyakit.

4. Bahagian ini berpandangan bahawa adalah tidak wajar pihak pentadbir sekolah meminta guru prasekolah mengajar juga di kelas lain kerana beban tugas guru prasekolah adalah berat dan sasaran utama mereka adalah murid prasekolah.

5. Sila maklumkan kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan/Daerah dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,

t.t

HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

Pengarah
Bahagian Penguruan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k. 1. Ketua-ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
2. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran 

JOM MEWARNA !!

.. mewarna merupakan salah satu aktiviti di dalam tunjang fizikal dan estetika.. disini kami sediakan salah satu aktiviti yang bersesuaian dan boleh dilaksanakan di rumah dengan bantuan ibubapa ~ SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH

ONLINE COLORING !!



Monday, June 18, 2012

kejohanan sukan prasekolah kali ke-2 !!

Kejohanan Sukan Prasekolah kali ke-2 telah diadakan pada:
Hari: Sabtu
Tarikh: 21 April 2012
Masa: 8.30 pg - 12.00 tgh


pemenang bagi acara relay ..


olahragawan : AHMAD NAZRIEN KHAIR BIN HISHAMUDIN
[PERMATA NILAM]
olahragawati : HANNA MELINDA ALISYA BINTI HAMIDI
[ PERMATA NILAM ]


wakil ppd mengalungkan pingat


semua yang terlibat ..

"persefahaman asas perpaduan ummah"!!

3 permata juga tidak ketinggalan dalam menyambut maulidur rasul peringkat sekolah.. 



baju raya ni..


cikgu ambil gambarlah..


peace!!


luruskan barisan..


posing lagi..


generasi kini..


murid SKAG yang turut serta


gadis merah jambu..


selawat ke atas nabi ..

selamat bersara guru besar.. goodbye!!

.. kata2 terakhir dari 3 permata buat Pn Siti Hajar binti Hj Ramli ~ SELAMAT BERSARA, JASAMU DIKENANG ~



comelnya..


bersungguh- sungguh..



masterchef permata!!

PERMATA DELIMA


PN NORLIDAWATI BINTI BAHARIM


PERMATA NILAM


PN MARIATON BIN MAHIDIN

ibu 3 permata !!


PERMATA DELIMA


 PN MASNIZA BINTI MOHD BADARUN


PERMATA NILAM


PN NOORAIZAWANI BINTI MOHD SAID



PERMATA ZAMRUD


PN ROZIAH BINTI MOKHTAR

3 permata !!

assalamualaikum & salam 1 Malaysia..
SK Antara Gapi mempunyai 3 kelas prasekolah.. 
  • Kelas pertama merupakan perluasan tahun 2005 iaitu kelas PRASEKOLAH PERMATA HATI [ditukarkan kepada PERMATA DELIMA setelah perluasan ketiga yang menggunakan nama jenis2 permata.
  • Kelas kedua merupakan perluasan bagi tahun 2011 iaitu kelas PRASEKOLAH PERMATA NILAM.
  • Kelas ketiga pula perluasan bagi tahun 2012 iaitu kelas PRASEKOLAH PERMATA ZAMRUD


PRASEKOLAH PERMATA NILAM

Friday, June 15, 2012

selamat datang.. welcome!!

assalamualaikum & salam 1 Malaysia ..

selamat datang ke blog prasekolah SK Antara Gapi .. hehehe ... tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...